March 31, 2008
mat rempit
KUALA LUMPUR 10 Mac – Hantar Mat Rempit menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). (more…)
Meningkatkan ilmu sarjana pertahanan
ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) terus menempa sejarah dan kali ini buat julung kalinya telah melancarkan program pendidikan tinggi melalui usaha sama dengan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). (more…)
March 21, 2008
Maulidur Rasul
Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Macam-macam: Pertandingan ratu cantik unta
RIYADH: Pertandingan ratu cantik lazimnya dikaitkan dengan wanita, namun di Arab Saudi juara dicari juga tidak kurang hebatnya – bermata besar, bulu mata lentik dan berleher jinjang biarpun ia adalah seekor unta!
Media tempatan melaporkan, seperti mana syarat wajib ke atas peserta wanita, pertandingan Ratu Cantik Unta itu tidak melihat kepada aspek kegunaan haiwan mamalia itu, tetapi kecantikan fizikal dimilikinya dan paling penting, mestilah bermata besar dan berleher panjang.
Penganjurnya adalah penternak unta, apalagi di negara Arab yang mana pertandingan ratu cantik wanita sememangnya diharamkan.
Hanya aku
bismillahirrahmanirrahim…arini dpt lagi aku menulis kat blog ni, skrg ni bz sesgt. maklum la dah minggu2 akhir ni, banyak la esaimen yang nak kena submit.
apa yang paling penting, esok my bestday..22march,,tp tak best cz xdpt smbut sama2 ngan my sister. wlaupepn, HAPPY BESTDAY TO ME AND UMI NA(my sis), SMG PANJANG UMUR, MURAH REZKI, DI BERKATI DAN DI PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA DUNIA & AKHIRAT…Aminnn.
buat kengkawan yang wish kat aku, tq to u all,,love & miss u forever!!
March 17, 2008
March 12, 2008
pilih yang terbaik!!
TANGGAL 8 Mac akan berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12. Rakyat Malaysia yang layak mengundi akan membuat perhitungan bagi memilih calon terbaik, bersih daripada segala amalan negatif, adil kepada semua, bertanggungjawab dan sedar akan amanah yang bakal dipikul nanti. (more…)
March 5, 2008
Renungkanlah!!!
Nabi Isa a.s dengan orang mabuk cinta
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.” Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.” (more…)
Bacalah kengkawanku
Mayat Bangun Dari Kubur
Jika Nauf boleh menghidupkan kuda milik Birdlaun milik Raja Faris atas izin Allah, maka Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang sudah mati atas izin Allah juga. Itulah mukjizat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk menunjukkan kebesarannya.
Tapi dasar orang kafir, walaupun Nabi Isa boleh menunjukkan mukjizat menghidupkan orang yang sudah mati, mereka masih menyangkalnya. “Sesungguhnya engkau hanya dapat menghidupkan mayat yang baru yang ada kemungkinan memang belum mati benar. Cuba kau hidupkan mayat-mayat terdahulu jika kau boleh.” Ujar mereka. Merasa ditentang kaumnya, Nabi Isa lalu berkata : “Silakan pilih mayat sekehendakmu,” jawabnya. (more…)



