Undescribable

April 2, 2008

suasana santai di PCB

Filed under: news — hanie22 @ 4:06 am


CHALET baru PCB Resort yang telah siap dibina

PANTAI Cahaya Bulan (PCB) adalah satu daripada pantai yang terkenal di Kelantan. Ia terletak kira-kira 15 kilometer dari Kota Bharu dan satu ketika dulu menjadi kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941.

Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika ke pantai itu pada masa Perang Dunia Kedua. Pada masa itu, askar terbabit sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB. (more…)

sekelip mata

Filed under: Uncategorized — hanie22 @ 3:59 am

assalamualaikum…

pejam celik, pejam celik, dah msk bln april. sekejap je masa berlalu. pegi balik kuliah, lg 2 3 minggu, final exam. takut rasanye, tp nak tak nak, kena hadapi jgk. esaimen byk kena antar, tp biase la, last2 minit br nak buat, pastu kelam kabut la semuanya.

walau apepun, kena la byk2 sbr,, masa 24jam sehari sdh memadai bg orang yang pandai mengurusnya…aku pun kadang2 xth ape nk buat,bile dah byk keje sgt, x terbuat plak. tido,tido,tido, esok nak antar, mlm ni br bersengkang mata buat esaimen. tak th la bile nak jd rajin cm orang lain hehe

buat teman2, semoga korang sume tbh la hadapi hidup ini. hargailah masa 24jam yang dianugerahkan oleh ALLH pd kita.

Kesegaran Hutan Lipur Lata Kekabu

Filed under: news — hanie22 @ 3:46 am


BATUAN besar dan kecil menjadi laluan air yang menyegarkan dan menyamankan di sekitar Hutan Lipur Lata Kekabu.

Pengunjung boleh nikmati keindahan alam semula jadi berhampiran Kota Tampan yang belum ‘ternoda’

HUTAN Lipur Lata Kekabu, Lenggong yang terletak di tengah-tengah perjalanan dari Ipoh ke Grik, Perak, tidak asing kepada pelawat untuk berehat dan bersantai pada hujung minggu, selain melepaskan penat lelah selepas bekerja di pejabat.

Gemersik semilir angin menujah ke gegendang telinga setiap pengunjung yang datang bersantai ke Hutan Lipur Lata Kekabu, sambil menikmati keindahan alam semula jadinya yang belum ternoda dengan pelbagai aktiviti pembangunan. (more…)

Blog at WordPress.com.